Tips Photography 3 [Mode]

Assallamualaikum dan selamat sejahtera semua…

aku kongsi or buat tips nih bukan untuk berlagak pro, nope, but, its all the basic, most of my friends already have their own DSLR and, I hope this tips or tutorial DSLR can help them sedikit sebanyak la kan..

Okeh, untuk post nih, aku focus untuk function M, A, S, dan P.

M [ Manual ]

Mode untuk M nih manual. Maksudnya semua benda kita control secara manual. Semua benda maksud aku disini, F [Focal], S [ Shutter], ISO [entah natang ape, hahahaha, tapi yang aku tahu ISO nih function beliau ialah untuk mengawal
cahaya].

Untuk shoot gambar, aku hanya pentingkan 3 benda nih je, F, S, dan ISO. Actually, ada benda lain lagi, e.g. WB [ White Balance ]. Well, tuh kalau nak main kaler2.Arghhh… nantilah aku explain pasal white balance. p/s aku rasa aku pernah wat post pasal white balance dulu. Hurmmm… okeh2… dah melalut… damn…

Manual Mode. Maksudnya user is the boss. Kita yang shoot gambar dan kita juga yang set semua benda ikut suka hati kita. Well, dengan Manual mode, kita yang tentukan gambar itu cantik atau tidak.

Sila rujuk post aku yang sebelum ini tentang tips photography 2.

A [ Aperture priority ]

Mode nih pulak kita hanya boleh control F dan ISO. S [shutter speed] pulak ditentukan oleh camera untuk matchkan F yang kita telah pilih. Beza mode A dengan M ialah kita just tak boleh control shutter. Sebab kita focus untuk menggunakan F untuk shoot. Mostly aku akan gunakan mode nih kalau aku nak shoot gambar potrait.

S [ Shutter Priority ]

Mode ini berlawanan dengan mode A. Dalam mode ini, kita hanya control S [Shutter speed] manakala F di setkan oleh camera sendiri. Dalam erti kata lain, kita hanya control S dan F pula di matchkan untuk speed yang kita gunakan tuh. Well,might be kita nak shoot gambar drift, tapi tak sempat nak set semua, tapi tahu speed apa patut untuk kelajuan tuh, e.g. 1/100 So, F akan difikirkan oleh camera.

Actually, dalam S nih ada satu benda yang aku nak note. Cari minimum speed anda kalau anda tengah hold camera supaya picture tak shaky [ bergegar ]. Aku suggest 1/50 minimum on hold. Tapi terdapat banyak skill2 untuk pegang camera untuk mengelakkan shaky.

Nanti aku tunjukkan cara pegang okeh? hahaha

P [ Program Mode]

P mode nih pulak lebih kurang sama dengan mode AUTO. Yang berlainan is just kita boleh control ISO. F dan S pulak akan di setkan oleh camera sendiri. Well, kadang ada camera [pro dan ke atas e.g. D7000] xde mode AUTO. So, kalau nak shoot picture tuh (contoh wartawan/unexpected event such as accident or awek cun tengah bogel) dengan cepat, so, terpaksa menggunakan P mode nih.

So, simply post nih very the basic untuk setiap mode yang ada dalam DSLR. Well, ramai lagi yang jauh lagi pro dari aku. But then, i just try my best to share my knowledge, but the world today, knowledge is money.

hahaha, tapi, benda yang aku rasa aku nak share nih moga-moga ada manfaat kepada mereka-mereka yang membaca… well, sharing is caring kan? ecececece….

Satu Hati Satu Jiwa

[Entry Repost]

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…

Untuk mengakhiri entry aku hari ini, moleklah kiranya kalau aku post satu lagi entry yang tak berkaitan langsung dengan entry2 hari ini… hahahaha! Well… enjoy :D

Aku dah lupa apa itu cinta
Namun kau pernah mengingatkan aku kembali
Inginku ucapkan jutaan kasih
Zaman lampauku itu membuatku sedar
Akan erti kehidupan sebenar
Hilang segala resah dan gelisah
Anganku kini tinggal kenangan
Zaman baru kini bermula
Aku meneruskan perjalanan ini sendiri

Dan perjalanan ini ku tempuhi sendiri
Namun ia masih berbaki dengan kesilapan masa lampau
Janganlah kau resah dan gelisah
Aku takkan pernah hadir lagi dalam duniamu

Siapa aku untuk melawan urusan Illahi?
Siapa aku untuk menentang ketetapanNya?
Semua ini ada hikmah yang tersembunyi
Disebalik kekuasaan dan hikmahNya

Nota ini kutitipkan khas
Bagimu yang pernah berbekas
Namun ianya sudah ku alas
Dan aku rasa aku sudah bebas

Dari cengkaman nafsu diri sendiri

kuharap kau terus bahagia sentiasa
disisi teman2 mu yang selalu memerhatimu
ku doakan kebahagian akan mendampingimu selalu
Hanya itulah yang kuinginkan selalu…

************

Amboih… hahahaha rancak hapdate blog nampak arinih?

Well… bila aku mula rasa free, maka jari2 ini akan terus menari2… Ahaks~ :D

Permainan Kata

[Entry Repost]

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua..

Di entry ini, aku ingin kongsikan kata-kata yang aku ter”jumpa”.

Dimana?

Bila?

Dari siapa?

Untuk siapa?

itu bukan persoalannya… :D

Didalam sendu aku resah dan hampa..
Tiada kata semanis bahasa yang mampu diutara..
Hatiku rela dalam pasrah yang menimpa..
Andai takdir benar- benar telah memisahkan kita..
Sebelum diriku dan dirimu bertambah merana..
Aku rela melepaskan dikau pergi selamanya..
Aku harap dikau dapat berbahagia..
Walaupun bukan aku yang menjadi surinya………

Aku memerlukan sebuah percintaan..
Percintaan di bawah kerahmatan dari- NYA..
Seagung cinta Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad S.A.W..
Sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf A.S…

Namun……
Aku hanya insan biasa…
Yang masih khilaf dan tidak mengerti erti sebenar CINTA..
Apakah aku hanya bersenda dalam melalui alam percintaan ini?

TIDAK!…
Aku telah berusaha menempuhinya…
Dan kelak akan mempertahankannya sehabis daya…

Apa yang terluah kutitip ke angin lalu…
Ku harap dikau dapat mendengar bisikan hatiku…
Moga dikau dapat memahami diriku…
Bahawasanya..
Aku memerlukan cinta sejati darimu…
Cinta yang dikurniakan oleh – NYA…
Yang menyatakan engkaulah jodoh buatku…
Sehidup…
Semati…
Susah…
Senang…
Segalanya dikongsi bersama-sama…
Kerana ku harap…
Jodoh kita dapat berkekalan hingga ke Syurga….
Amiiinnnn ya Rabbal Al-Amin….

*******
Belajarlah dari apa kesilapanku
Elakkan dari mengulangi silap langkahku
Jangan biarkan diri mu hilang dari wajah seorang insan lain
Carilah dirimu
Nescaya kau akan jumpa
Makna sebenar kehidupan.

Ego Seorang Manusia

[Entry Repost]

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…

Ego~ pada pendapat korang, apa itu ego? Alaa… aku tak pandai nak explain apa kejadah sebenarnya ego nih~ ngeh3… tapi mesti korang semua fahami aku kan bila aku sebut Ego?

Setiap insan di dunia ini mempunyai ego mereka masing2… perasan mereka betul, orang lain salah, perasan mereka tinggi, orang lain rendah, perasaan mementingkan diri sendiri?

Eh? Perasaan pentingkan diri sendiri pun termasuk dalam ego ke tak ek? hehe Sometimes~ ya~ ego itu penting~ kalau tak~ orang lain akan pijak kepala kita~ haa~ itulah dia~

But then~ pada ketika mana yang sesuai untuk tunjukkan ego kita? kadangkala kita nih ego tanpa kita sedari~ dan apabila ada orang cuba menunjukkan yang kita nih ego tinggi~ kita akan cuba sedaya upaya untuk menidakkannya~ Haa… itulah ego~

Ego adalah satu perasaan manusia biasa~ perasaan perasan bagus dalam hati kita~ cumanya~ selalunya ego dipandang secara negatif.

Itu sangat pelik~ sebab apa? bagi aku, ego adalah neutral~ terpulang kepada diri kita untuk gunakannya secara negatif mahupun positif.

But then~ once again~ setiap orang ada ego dia masing2. Aku? Mesti lah! aku nih seorang yang mempunyai ego yang amat tinggi~ hehe

But then~ kadangkala ego aku, aku terpaksa buang jauh untuk orang lain~ alaa~ bukan untuk kebaikkan sape2 gak~ esok2 tindakan kita tuh akan datang balik kat kita gak~

Jangan ego sangat~ dan jangan tak ego langsung~ ego kita tuh harus dipelajari dan dilatih dengan elok agar tidak memakan diri sendiri~

Aku? Heh~ aku pernah berhadapan dengan orang dengan ego begini~ orang2 bajet bagus~ orang2 yang bajet tinggi~ orang2 yang bajet hot~ bhahaha

Diorang takkan pernah mengaku salah diorang, nak diorang jeh betul~ aku? lebih kurang gak~ but then~ yeah~ bila aku buat salah~ aku memang mengaku aku buat salah~ Cumanya~ aku buat salah kepada mereka2 yang mempunyai ego yang tinggi~

Memang harapan ler~ sia-sia saja usaha anda dengan manusia2 ego nih~ biarkan mereka dengan dunia mereka.

Daripada kita merasa tak berguna lagi~ apa kata, kita biarkan saja mereka hanyut dengan keegoan mereka~ dah takde cara lagi nak perbetulkan mereka2 yang ego melampau2 nih~

 

Ego itu perlu, tapi biarlah berpada-pada…

 

Dibandingkan Dengan Orang Lain?

[Entry Reposts]

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…

Banyak pulak source nak tulis entry… :p

Aku nih paling pantang dengan benda nih. Aku paling tak suka bila diri aku nih di banding-banding dan di compare dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

Well, of coz la. Apabila kita dibandingkan, sudah tentu akan dibandingkan dengan orang yang lebih bagus dari kita. Dan well, perasaan tuh aku tak berapa suka.

Kenapa tak macam dia?
Kenapa dia boleh buat kamu tak boleh buat?
Dia dapat macam nih, kenapa kamu takboleh bagi aku macam nih?

Benda nih bagi aku sangat sensitif terutamanya kalau aku dalam sebuah hubungan. Ya, pengalaman aku dalam sesuatu hubungan membuatkan aku semakin sensitif dalam kes ini.

Ya. Aku sedar yang aku tak perfect dari segala macam benda. Aku tak boleh bagi apa yang orang lain boleh bagi. Tapi, apabila aku ingin membuat sesuatu, aku akan buat sehabis yang boleh mengikut kudrat aku sebagai aku. Aku takkan pernah ikut orang lain.

Bukan sebab keras kepala, well… sikit la. Tapi, aku lebih pandang apa yang mampu aku buat dengan keadaan aku. Mostly benda nih akan aku lakukan dalam semua benda. I want to give a different thing. I want to have different thing.

Dalam sesuatu hubungan, aku takkan pernah minta pasangan aku bagi aku macam itu, macam ini. Asalkan dia boleh jadi diri dia yang sebenar, itu sudah cukup.

Tapi, dalam meminta untuk aku jadi orang lain, memang aku takkan dapat membuatnya dengan segera. Dan mungkin aku dapat merealisasikan permintaannya, tapi? Aku tak ikhlas.

Ikhlas itu penting dalam segala perbuatan kita.

Aku ingin mencari someone yang boleh terima aku seadanya. Aku tak mahu aku dibanding-bandingkan. Dan aku akan membalasnya dengan menerimanya seadanya. Aku akan telan segala masa silamnya kerana masa silamku tak secerah mana. Juga gelap tanpa ada lampu jalan.

Bagi aku, masa silam adalah zaman2 pembelajaran untuk kita menjadi diri kita sekarang. Apa yang penting adalah siapa kita sekarang, bukan siapa kita dahulu.

Maka… janganlah membanding2kan antara kamu. Kalau nak bandingkan, biar diri kamu sendiri yang lakukan, bandingkanlah diri kamu sendiri kepada orang lain. Itu akan membuat kita lebih jauh kehadapan kerana kita kenal dimana kelemahan kita, dan kita tahu dimana…

Kekuatan kita.

Bukan Aku Tak Sudi Tapi… | Aku Mahu Cintaku…. | Aku Mahu Cintamu

[Entry Repost]
Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…

Galak pulak aku menghapdate entry ni haa~ :p bukan aku tak sudi. Yeah! Entry ini ditujukan khas kepada seorang gadis yang comel di mata aku~ Ye~ aku mengaku~ aku crush kepada seorang gadis tomey~

Tapi . . .

Sebenarnya, aku tidak bersedia lagi~ bukan tak bersedia untuk menyerahkan cintaku kepada mu~ tapi~ sejujurnya, kalau aku luahkan dan declare denganmu sekarang, kita hanya cinta monyet. Cinta yang masih takde masa depan.

Cinta yang masih tidak tahu kemana hala tujunya. Aku tidak mahu lagi 2 kesilapan yang aku lakukan berulang kembali~ cukup 2 kali aku bercinta tanpa hala tuju masa depan yang pasti. Memang cinta itu datang tanpa diundang.

Tapi~ biarlah aku tahan cintaku agar kau menemui cinta jejaka lain~ andai ada jodoh kita~ kita akan bertemu semula di keadaan yang lain, di ketika yang lain, di suasana yang lain.

Aku belum bersedia menjadi seorang ayah kepada anak kita kelak

Aku belum bersedia menjadi seoarang suami kepada mu

Aku belum bersedia lagi menjadi tempat untukmu bergantung harap

Memang, jodoh ditangan Allah. Entah esok, entah lusa, tetiba aku masuk meminangmu~ eh? hahaha cumanya~ Aku tahu bahawa Allah tidak akan menurunkan jodoh jika hambaNya ini belum bersedia.

Perkahwinan adalah satu tugas yang amat berat untuk dijunjung di bahu~ memang aku teringin menimang cahaya mata yang aku panggil anakku~ ingin sangat aku azan di telinganya dihadapanmu yang sedang tersenyum melihatku.

Cuma, bukan sekarang.

Aku mahu cintaku, aku lafazkan padamu setelah aku bacakan doa di tepi katil di malam pertama kita.

Aku mahu cintaku kuserahkan kepadamu selepas aku melafazkan “aku terima nikahnya”.

Aku mahu cintaku ku bisikkan ditelingamu di kali yang pertama aku menyentuh tubuhmu.

Aku mahu cintaku aku doakan sebagai imammu di solat jemaah kita berdua yang pertama.

Dan

Aku mahu cintamu aku dapat pada hari aku sarungkan cincin di jarimu

Aku mahu cintamu aku genggam selepas aku kucup dahimu

Aku mahu cintamu aku lindung selepas ku gendongmu ke tempat pembaringan.

Secara sah~ secara halal~ secara pahala yang mencurah2~ Bukan sekarang. Lafaz cinta yang akan ku lafaz ketika ini hanya akan membawa bala dan dosa yang berpanjangan~ dan aku takut dosa itu takkan terhapus kerna apa yang aku tahu, dosa semasa sebelum nikah hanya terhapus dengan lafaz nikah.

Dan aku sekarang masih lagi ingin kekal begini kerana aku takut dosa2 lampau ku kepada 2 orang wanita masih lagi bersisa~ sebab itulah aku berkata aku masih belum bersedia lagi~

Bersabarlah~ biar kita pendamkan perasaan itu meskipun hati ini tersangat ingin untuk kau duduki~ maafkan aku kerana kerusi itu telah kotor kerana pernah diduduki oleh 2 orang insan lain.

Bukan aku tak sudi~ cuma aku tak ingin menangis lagi kerana cinta yang sia-sia. Cinta yang hanya mainan remaja~ Cinta yang hanya pengisi duka lara~

Biarlah mainan remaja ku hanya bersama rakan-rakanku, kawan-kawanku~ Biarlah pengisi duka lara ku melalui medium yang berbeza~ tapi bukan cinta~ aku masih lagi berhempas pulas menghabiskan ijazahku~ dan kau juga dengan urusanmu yang tersendiri.

Meskipun di tempat yang berbeza~ Kita berada berlainan tempat~ insyaAllah~ andai ada jodoh~ aku akan datang membawa ibuku untuk merisikmu terlebih dahulu~ andai semua ok~ GO! Ahaks~

Jadi~ kepadamu yang berkenaan~ maafkan aku~ maafkan aku~ dan 1 lagi aku pinta~ jangan ditunggui aku~ I’m not worth it~ Aku tak mahu kau menunggu aku lebih lama. Kita serahkan segalanya kepada jodoh~ insyaAllah~ andai ada jodoh~ kita akan dipertemukan~ Amin

p/s: Allah sedang menulis kisah cinta aku~ adakah kamu adalah jodoh yang disediakan olehnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...