>Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
KUALA LUMPUR – Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.
Dulu, masa aq kenal MLM nih, semua mempunyai kekuatan dalam product2. Salah satu contohnya ialah CNI dan tidak dilupa dengan LIFECODE yang ada sejarah tersendiri! ngeh3. Di samping jual product, leh buat ‘partnership’. Ada banyak sistem MLM nih aq study gak sikit2. Dari system biasa, sehinggalah sistem yang rumit2 seperti sistem Hybrid, Pairing dan banyak lagi r, sampai pening pale der… haha
Tapi aq nampak sekarang nih, dah banyak gile dah money-based bisnes. Masuk 500, cari 4 orang, dapat 1000. Pastuh Level 2 lak, dapat kureng sikit, Level 3 lak dapat riban2 dah. Product? Nescape cap orang kampung sekotak. What the H? Product dah jadi sampingan, duit yang jadi utama. Bisnes ape tuh? Pelik2
Ada plak yang betul2 duit jeh~ ko masuk Rm100, pastuh cari 10 orang, ko dapat Rm1000. Nak lebih? cari 1000 orang, dapat lah ribu…. ribu…. riban! Haa.. bisnes pebende tuh?
Setahu aq lah kan…. bisnes nih, ko kena ada barang.. pastuh ko jual kepada orang yang nak. MLM nih plak, ada barang, dan cara penjualannya unik sikit.
Cara penjualannya,
- ko jual kepada orang yang tertentu jeh (maksudnya orang yang betul2 consume product tuh).
- Pastuh, kalau ko yang consume sendiri, lagi best, sebab dah bleh maintain point dah. Kalau jual, dah ade sales point lak.
- Lagi best, kalau costumer ko tuh, tetap, dan paling terbaik, dia costumer tetap dan jadi dealer gak. Point dia akan sedikit sebanyak masuk kat point ko.
Sepatutnya MLM basically adalah macam tuh, seperti yang aq tau lah. Dan MLM nih bukan seperti di bawah nih
- ko join, ko bayar, pastuh ko cari orang, orang bayar kat ko, ko dapat income TETAP!
- ko join, ko bayar, ko dapat product sekotak kopi, ko minum sekali habis tapi ko bayar ratus2 untuk dapat sekotak kopi. Pastu ko cari orang, ko dapat duit, sebab ko cari orang.
- ko join, ko bayar, duit masuk TETAP hari2 lepas ko cari 4 orang. What the H?
- ko join, ko bayar, product ko tak de guna pun, ye r, product e-book! benda yang ko search kat google pun dapat. Sape nak masuk der?
- ko join, ko bayar, pahtu ko tido! bajet duit masuk macam tuh je~ dang!
- ko join, ko bayar, pahtu ko cari orang, dah cukup 4, orang yang ko cari tuh, terbiar~ pahtu ko marah syarikat sebab tipu ko, sebab xde duit masuk. Ape ko ingat, join MLM nih ko dapat duit tetap ke? sory der…
cuba tengok kes sindiket nih.
Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.
Ade gak orang macam nih kan? ye r, ko bayar Rm10k, pastuh ko dapat Rm2,500 kalau ko dapat cari sorang. Dang! ingat semua orang ade RM10k ke? wades… tapi kan…. ramai jeh akan rambang mata sebab diorang gunakan ‘benda alah’ bawah nih semasa pergi closing (approach).
Memang ada MLM yang ok, tapi orang2 yang menjalankannya menjadikannya ‘tak ok’. Tapi sekarang nih, susah nak cari MLM yang memang ok. Perlu diingatkan, korang nak join MLM pun aq tak kesah der, lantak korang, tuh duit korang. Tapi, letak kat hati korang, tidak akan pernah ada jalan mudah untuk menjadi kaya.
Dan, kalau ada yang menjanjikan pulangan yang mengarut2, err.. elakkan, ye r, takkan r masuk Rm500, cari 4 orang, ko dah bleh kuar BMW, ngarot der… kalau betul, nape ade orang yang masih susah payah turut naik bank, wat loan riban2 sebab nak bukak kedai runcit jeh~?
Dan 1 lagi, last r nih… hahaha, MLM nih tidak pernah bagi INCOME TETAP! DAN TAK PAYAH MAINTAIN! Syarikat tuh akan rugi kalau takde maintain product. Dan income tetap takkan pernah wujud dalam MLM, yang dapat income tetap hanya kakitangan yang bekerja di syarikat jeh~ gaji bulan. wahaaaa!
p/s: kalau ade budak MLM yang baca post nih, nak jumpe aq? bak datang.. jangan nak spam komen aq dengan ‘blueprint’ ngarot2, I mencik! ngehahaha
p/s2: nak approach aq? err.. korang timba balik basic2 MLM, dan fahami plan korang tol2. Aq bukan master dalam nih, tapi setakat jawab soklan2 korang, aq rase, pengalaman aq 2 tahun susah, senang, gembira, sedih, hina, bangga, kering, lebat dan macam2 lagi dalam nih cukup kot? hahaha
dari belakang tabir dojo klasik
kaizen shinobi (o.O)y
