>Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Apa itu state of denial? mengikut apa yang aq faham, state of denial nih adalah satu keadaan di mana seseorang itu dalam proses tidak mempercayai atau meragui tentang kejadian sesuatu benda ke atas dirinya.
Well, selepas kehilangan tuh, aq masih dapat tergelak lagi. Kenapa lah bodoh sangat sang ‘pencopet’ yang berani ‘menabla’ barang2 kesayangan aq tuh. sigh~
Di hari pertama (jumaat) dan kedua (sabtu) aq masih lagi terpinga2, macam tak percaya yang giliran aq terpilih menjadi salah seorang yang dapat pengalaman di kampus nih. Sejak 3 tahun lepas menjadi salah seorang family dalam kampus nih, ada banyak kejadian, tapi ntahla~
So, pabila state of denial dah tamat, baru terkenang2kan kembali. Sigh~ Perasaan nih macam perasaan Mrs Saudagar Mimpi (tuh nickname aq 5tahun lepas) membuang titlenya sebagai Mrs Saudagar mimpi. Masa tuh state of denial ambil port dalam sebulan. Lepas tuh terkenang2 sehingga 2 tahun baru aq pulih dengan sepenuhnya.
Lepas pulih tuh baru menggatal balik~ ngeh3, cari the one, dan akhirnya, Mrs kaizen lak muncul (aq pakai nick kaizen 2 1/2 tahun lepas) Wahaa! dah2… nih bukan nak story jiwang2, kang ade yang muntah lak~ ahaks~
So, state of denial nih memang akan terjadi kat diri kita sendiri, tidak mempercayai yang kita mengalami sesuatu kemalangan kecil atau besar. Aq masih lagi mencari hikmah… apa yang tersirat di sebalik dugaan ini.
Ucapa terima kasih yang tidak terhingga kepada member2 yang support aq semasa hari kejadian sehingga hari ini. Bantuan2 yang korang bagi kat aq, semangat2 yang membina sangat2 lah aq hargai.
Aq hanya kesal kepada pen’copet’ tuh sebab dia buat memang pakej lengkap r, dah r di pagi hari, hari jumaat, pastuh bulan ramadhan lak tuh~ Moga dibukakkan jalan untuknya untuk kembali ke pangkal jalan, amin~
sabar di bulan ramadhan, moga2 ramadhan ini membawa sesuatu yang bermakna… owh… mencari petunjuk untuk terus tabah…
p/s: sebab tuh kecewa, pandang laptop rasa sebak sebab masa tuh henset sebelah kiri laptop, wallet sebelah kanan laptop…. aq masih ‘pelik dalam bersyukur’ kenapa laptop aq tidak diambil? duk baik jeh kat tengah2 antara henset dan wallet. Pelik kan?
dari bilik tido dojo klasik
kaizen shinobi (o.O)y
