>SeKS BeBaS BaWaH uMuR

>Assallamualaikum dan salam sejahtera….

semua korang dah tahu kan? hari nih dan esok aku akan sempurnakan kursus kahwin aku. Ngeh3… err.. kawen? lame lagi daa… hehehe

Petang tadi, ceramah tentang kesihatan dan juga pengurusan masa. Hurm… malas aku nak story pasal pengurusan masa… sebab.. err… panel untuk tuh ada sedikit bosan…. hehe

Tang kesihatan lak? SEGAR MATA AKU! hahahaha

Well, tadi panel tuh story experience2 dia tentang deal ngan masalah kesihatan nih. Dalam kursus kahwinn dah tentu part2 kesihatan nih melibatkan dengan? Hubungan intim antara lelaki dan pompuan (alaaa… seks la… tuh ayat nak elok jeh~)

Pahtu dia story r tentang perempuan termuda yang dia pernah jumpa yang menghidap hyper sex iaitu? 12 TAHUN! ya….. 12 Tahun anak gadis MELAYU kita dah ketagih seks. Agak2 bila 1st time dia?

Aku tak paham betul la…. awat jadi macam nih haa? SEKS memang best. Sape kate tak best? Meh aku nak shoot sikit pale meh…

Tapi… biarlah benda tuh jadi halal. Biar ianya special, itu nikmat yang sebenarnya. Tanya je soklan di bawah nih.

“seks best tak?”

Memula tanya kat bebudak2 yang tak kawen lagi. Tengok apa diorang jawab.

Pahtu tanya soklan yang sama kat orang2 yang dah kawen. Tengok apa jawapan diorang.

CONFIRM lain! aku boleh jamin la der….. Tak percaya? G r tanye… jangan r tanye depan2 muka macam tuh. Pepandai r atur ayat… takkan tuh pun kne ajar? ngeh3

So, nasihat aku kepada dak2 yang dalam hati korang tuh nak mencuba kalau ada peluang. Tak payah r try. Kang korang rasa sekali pasti nak lagi.


Biarkan ia special, akan ko kenang sepanjang hayatmu. Tak kesah la lelaki atau perempuan. Aku kenal beberapa orang yang dah buat. Lelaki dan perempuan, kedua2 ada.

Sampai ada sorang yang aku kenal ditangkap khalwat. Tak lama pastuh break…. haa…. tak ke haru?

Korang pompuan? masih berpikir nak gadai ‘dara’ anda kepada orang yang tak confirm lagi jadi suami korang?

yang lelaki? masih terpikir nak 1st time dengan orang yang tak confirm sehidup semati ngan korang?

Ingat… kalau ko dah tebuk, bersedia untuk terima yang ditebuk. Jangan nak ngengade isteri nak solehah, tak pernah disentuh, tapi ko dah g tebuk anak dara orang. Aku shoot pale ngko. hahaha

Sekali lagi… aku pun tak sempurna. Aku bukan orang alim. Tapi aku masih ingin benda2 yang ‘best’ menjadi satu benda yang bermakna yang akan ku kenang sepanjang hayat ku.

Arinih dah 25.
31 hari terakhir
Apa dia?

Diariniaga.com

p/s: adik beradik 13 dan 15 tahun kantoi ngan mak, peluk2 ngan lelaki dalam rumah…. gile hape…. sigh~

Dari bilik pemerhatian dojo klasik
kaizen shinobi (o.O)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge