[Repost and Reedit]
Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Haaa~ sebentar lagi akan masuklah waktu berbuka bagi kawasan aku nih~ so~ korang relek2 je k? haha Macam biasalah~ bila aku dilanda masalah~ salah satu tempat yang akan jadi mangsa luahan hati ialah blog. Orang single~ blogger lak tuh~ haha, pe ag? Blog la salah satu tempat aku meluahkan kata.
Entahlah~ nak kata kisah cinta ku nih teragis~ tak jugak~ lebih kurang sama jer ngan kisah cinta korang~ Setiap yang bermula pasti ada akhirnya~ kan? So? Begitu juga kisah cinta antara seorang aku dan seorang dia.
Aku dari dulu cakap supaya tabah dengan dugaan~ tabah dengan ujian~ Lepas tuh~ aku baru terfikir~ tabah tidak sesuai untuk kita menjadi tenang~ tabah dan sabar penuh dengan keterpaksaan ye dak? hehe… bagai kita menahan sesuatu~ Bagaimana nak tenang kalau kita masih menahan diri?
Bagi aku~ ujian dan dugaan tuh~ kita tabah dan sabar~ tapi~ jangan dilupa kepada keikhlasan dalam menerima ujian~ Bila kita ikhlas~ maka segala ujian akan menjadi ringan~ kita tidak lagi menahan kerana kita telah mengikhlaskan diri dalam menjalani ujian daripada Allah.
Sama juga seperti puasa ramadhan~ kalau korang perasan la~ ramai antara kita (termasuk aku sendiri) kadang2 terfikir~ berpuasa nih kena sabar, banyakkan tabah~ jaga diri~ dan bla… bla… bla~ tapi puasa menjadi lebih sukar~
Cuba kita tukar mindset~ puasa ramadhan ini kita kena ikhlas menjalani nya~ supaya kita tidak berada di dalam keterpaksaan dalam menjalani ibadah puasa~ bila kita ikhlas~ sabar dan tabah itu akan datang dengan sendirinya~ tapi bila kita tidak ikhlas~ sangat susah mencari ketabahan dan kesabaran~ betul tak?
Begitulah aku anggap kisah cinta hidupku~ aku ingin ikhlaskan cintaku kepada Yang Satu~ kerna aku percaya urusan jodoh adalah ditanganNya~ takkan pernah sekali berada di tangan kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri hambaNya.
Sebab itulah aku nak ikhlaskan diri dalam mencintai diriNya~ jika kita ikhlas~ kita takkan pernah mengharapkan balasan, betul tak? Mungkin itu yang kurang dalam kisah cinta aku dalam cinta fitrah? Aku tidak ikhlas dalam bercinta~ boleh jadi jugak.
Tapi~ sebenarnya aku sendiri tak boleh ikhlas kerana cinta itu bukan cinta yang paling agung… Nantilah malam sikit aku share~ cinta fitrah yang paling agung~