Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Entry ini, aku tujukan khas untuk mak… Entah kenapa, waktu ini aku tiba-tiba rasa sebak. Sebab aku terfikirkan mak. Kadang aku rasa takkan pernah aku bisa membalas segala jasa mak.
Dari 23 tahun yang lepas, Mak kandungkan aku selama 9 bulan. Sehinggalah aku dilahirkan. Kemudian aku dibesarkan oleh mak dan abah, kemudian jadilah aku seperti sekarang.
Pesanan mak tidak pernah putus-putus untuk menjadikan aku lebih baik daripada hari ke hari. Mungkin anak lelaki dia yang seorang nih memang cukup degil untuk mengikut cakap mak.
Kadangkala, aku ikut cakap mak, kadangkala aku bangkang cakap mak. Heck, what a naughty son kan? hehe… Aku masih ingat lagi karangan mak untuk aku based daripada nama penuh aku. MOHD KHAIRUNNIZAM. Mungkin setiap bait2 kata tuh aku sudah tidak ingat, tapi bagi aku ianya satu kenangan yang paling manis sekali.
Mungkin dimasa aku jiwa remaja dulu aku memang nakal. Ada sahaja kenakalan yang aku tonjolkan~ Pernah juga aku melihat air mata mak mengalir kerana kenakalan aku dulu.
Tapi, entah kenapa, malam ini, aku terkenangkan mak. Mak, abang tak sabar untuk balik ke rumah ahad ini mak. Abang rindukan mak. Setiap kali abang berdoa, abang mengharapkan agar kita sekeluarga bahagia selamanya.
Abang masih berharap yang abang sempat sampai ke rumah. Ingin sangat rasanya abang mencium pipi mak, memeluk mak, mencium tangan mak yang tak pernah kenal penat dan lelah membesarkan abang.
Abang sayangkan mak. Kadangkala abang menangis sebab nak sangat balik ke rumah untuk berjumpa dengan mak. Lagi beberapa hari lagi abang akan pulang ke sana mak.
Memang benar, aku masih lagi ada tanggungjawab disini. Meneruskan pembelajaranku dari hari kehari. Mengharap setiap doa dari mak sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Itulah usaha aku yang terakhir sebelum mata pena kuuikirkan ke kertas jawapan aku.
Itulah harapan aku yang terakhir, mengharapkan doa dari seorang ibu. Ibu yang tak pernah jemu melayan kerenah anaknya. Aku cuma ada seorang ibu. Mak, abang rindukan mak. Rindu sangat-sangat…
Abang harap, abang sempat membalas segala jasa mak selama ini….
I love you so much mak…

{ 3 comments… read them below or add one }
sedih pulak aku baca T.T
slmat berkenalan..aha
Cik NurulZaty recently posted..Kenapa single?
perh~ meresap jiwa betul..terharu2..
naim recently posted..Tarikh Pengumuman Result SPM 2011