Muslim World as the New Super Power | Realiti atau Fantasi?

by kaizenshinobi.com on February 28, 2012

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…

Pagi tadi, aku ada kelas Malaysian Society di bawah tajuk “the role of muslims in the new millennium”. Well, Kelas Prof Aris. Dan discussion pagi tadi ada part yang best. Part yang best tuh ialah? Muslim World as the New Super Power.

Muslim World as the New Super Power | Realiti atau Fantasi?

Apa yang aku faham kat kelas Prof Aris pagi tadi tentang Being Super Power ialah

Mempunyai kuasa tak semestinya kita lancarkan perang, itu adalah cari pasal, maksud yang aku faham tadi ialah bila kita kuat, (i.e. ada nuklear, umat islam bersatu, sudan as bread basket (pembekal makanan kepada 2 billion umat islam seluruh dunia sebab kesuburan tanah) Saudi Arabia with its oil supply, etc) xde sape yang berani sentuh muslim nih.

Being super power, its now or never, tapi adakah ianya hanya satu fantasi? Atau sooner or later, it could become a reality? Tapi, kita masih lagi mempunyai banyak masalah.

Salah satu problem yang dipoint-out oleh prof ialah corrupted Muslim leader. Ya, masalah ini berlaku hampir disetiap negara-negara yang berkepimpinan muslim. Malaysia juga tidak terkecuali, Indonesia pula apatah lagi.

Muslim world mempunyai banyak keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah. Seperti yang aku katakan tadi.

1. Sudan dengan kesuburan tanahnya.
2. Iran dengan kekuatan tenteranya (well, still, i think from my own observation, they have a very good technology in developing their army. Salah satu contoh, jet pejuang yang boleh terbang dari dalam air (tak pasti ini tech from iran or others, tapi from description kat youtube tuh, dari iran, correct me if i’m wrong.)
3. Middle East country dengan kekayaan minyak dan emas.
4. Indonesia dan beberapa negara lain sebagai negara yang paling ramai muslim sebagai tenaga kerja.

Dan banyak lagi! Tapi, ingatlah, kadangkala kita terleka dengan semua yang ada disekitar kita dan kita terus menerus pandang ke barat, dari segi kemajuan teknologi, fesyen, gaya hidup, knowledge and what not.

Salah satu solution yang digariskan oleh Prof Aris dalam artikel beliau “the role of muslims in the new millennium“, we need to reconstruct the knowledge that exists today to be in line with the islamic vision so that, this knowledge can be utilized for the needs of the ummah.

Well, apa kena mengena kita kena reconstruct knowledge nih dengan being a super power tadi nih? Pelik kan? Bila korang lihat sendiri, most of modern knowledge that we had learn today diperkenalkan oleh muslim pada mulanya, dan there is a need for us to reconstruct it back supaya selari dengan syariah.

Reconstruction of knowledge

Bila kita sebagai muslim faham dengan kehendak dan keperluan dalam mempelopori dunia akademik, maka kita mampu untuk lahirkan generasi baru dengan bekalan ilmu dunia dan akhirat. Merekalah yang akan menjadi ketua-ketua kita. Takkan ada masalah dari segi ekonomi mahupun politik apatah lagi social jika generasi2 akan datang nih dibekalkan dengan ilmu yang selaris dengan syariah.

Apakah yang aku maksudkan pula ilmu yang selaris dengan syariah? mudah, ilmu yang berlandaskan pandangan atau perspektif islam. Sebagai contoh, ilmu dalam psikologi. Dalam psikologi, ada beberapa theory, behaviorism theory, functionalism theory, structuralism theory, tapi most of it melihat psychology nih melalui physical, dan totally reject the function of soul (Ruh manusia).

Tapi, from islamic perspective, kita mengambil kira soal ruh dan fizikal kita. We have a free will, tapi, terkawal dengan undang-undang yang telah dinuzulkan oleh Allah. kita takkan boleh separate ruh dengan badan kita kecuali jika kita telah meninggal dunia kelak.

Muslim juga percaya pada kehidupan selepas mati, syurga dan neraka, dan pelbagai lagi benda2 yang ghaib. Dan benda2 macam nih kita tidak boleh nampak dengan mata kasar. Maka dengan itu, kelakuan kita, perangai kita, masih berkait sama ada zahir mahupun batin.

Bagi aku, itulah yang dimaksudkan reconstruction the knowledge in lined with syariah, tidak kira dalam apa bidang sekalipun.

Muslim professionals in all field

Salah satu tujuan lain ialah, melahirkan muslim professionals in all fields. *panjang berjela-jela entry kan? haha*. Kita masih kekurangan pakar di beberapa bidang akademik mahupun ekonomi dan juga politik. Untuk menjadi sebuah Super Power dunia, kita mesti menguasai bidang ilmu. Kerana dengan ilmulah naik turunnya peradaban.

Indahnya bila…

Bila kita mempunyai pakar dalam bidang ekonomi, tiada lagi permasalahan dalam sistem ekonomi, dan ekonomi kita boleh dibersihkan dari sistem riba yang tersembunyi di sebalik mata kasar dan penerangan manis oleh pihak2 tertentu.

Bila kita memiliki pemimpin-pemimpin yang pakar dalam politik, kaedah politik islam, maka akan tertubuhnya kembali system kerajaan islam seperti zaman kegemilangan Madinah, khulafa al-rashidin dan sebagainya.

Dan seiringan dengan itu, undang-undang Allah akan terus mekar di bumi.

Dan pada masa yang sama juga, masalah sosial akan berkurangan sehingga menjadi tiada satupun kemungkaran berlaku among the ummah kerana wujudnya hudud yang menjadi satu “social-control” dalam islam.

Kemudian, corruption tidak akan terjadi kerna takutnya pemimpin pada azab Allah di akhirat kelak. Dan pengikut2 pemimpin tidak kira yang memerintah mahupun opposition party akan mengikut pemimpin (yang takutkan Allah tadi), dan politik akan menjadi sebersih2nya.

Tidak ada lagi rasuah, tidak ada lagi riba…

Dengan itu, tiada lagi penindas, dan tiada lagi tertindas.

Yang lemah ditolong, yang kuat menolong, yang kaya membantu yang miskin, yang miskin tiada lagi.

Baitulmal dan zakat diagihkan dengan sebenar-benarnya.

Tiada lagi penindasan kepada penuntut-penuntut ilmu.

Tiada lagi kapitalis. Tiada lagi Socialist.

Classless society in line with islam way of life is establish… sama seperti pergi haji. Tiada raja, tiada menteri, tiada si miskin, tiada si kaya, semuanya sama, berihram, tunduk, bermalam di arafah, minum air yang sama, berjalan dengan keadaan yang sama, berihram dengan kain putih yang sama…

sujud ke arah satu kiblat yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: