About
Blog ini ditulis oleh seorang manusia yang kadar metabolismanya tinggi dan melebihi aras paras normal manusia.
Suka menulis dan juga suka berjalan dan kadangkala 2 aktiviti ini dilakukan pada masa yang sama.
Ia juga ditulis oleh seorang manusia (orang yang sama daaa) yang sedang menuntut dalam bidang sains sosial yang mana dalam proses membuat segulung ijazah dalam pengkhususan Sociology dan Anthropology (Development Studies) di salah sebuah institusi yang tidak asing lagi di Malaysia; International Islamic University Malaysia.
Kaki lepak di twitter sejak bulan julai 2011 yang lepas di @kaizenshinobi kerana ingin mengisi masa lapang yang sungguhlah lapangnya yang mana kelapangan itu hanya boleh diisi dengan melepak di social site yang tidak asing lagi di muka bumi ini.
Penulis juga berminat dengan bidang photography yang mana mula didevelop semenjak dari tahun 2010. Sehubungan itu juga, penulis meminati photoshop editor yang mana mengedit gambar yang diambil sendiri untuk santapan manusia lain yang mempunyai minat yang sama.
Meskipun semuanya masih dalam permulaan, hey~ kita manusia biasa… tidak ada bayi yang terus pandai sebelum belajar.
{ 2 comments… read them below or add one }
Salam.
Wah, x sangka jumpa student SOCA dari Sabah jugak! T_T
Sori, excited sket.